Saturday 28 February 2009

Happy Birthday Sayang

Happy birthday abah..semoga panjang umur dan murah rezeki. harapan mama dan anak2 agar abah sentiasa sihat, ceria dan dapat menempuhi liku2 kehidupan ni dengan kecekalan dan ketabahan. Semoga kebahagian yang kita bina ini akan berkekalan hinggah keakhir hayat. InsyaAllah - amin-



hihi...yang nie utk ditengok aje tau, sebab abah dah makan banyak dah kek yang mama buat.


Thursday 26 February 2009

Kek gula hangus

Nie la hasil daripada first time mencuba kek gula hangus...ok la tu...hihi

Kerja2 ku semakin senang dan cepat dengan adanya hand mixer ni...


Aku ni perminat setia kek, tak kira la kek apa pun. Kalau kek yang favourite tu aku akan makan berulang-ulang..tu la sebabnya berat badan ni susah sangat nak turun...hihi
Disebabkan suka makan kek jadi ni kira first time buat kek gula hangus...hmm nampak macam ok2 aje...lembut dan rasanya boleh la tahan. Aku rajin buat kek ni bukan apa saja nak try hand mixer yang hubby beli last month. Anak2 seorang aje yang suka makan kek...siapa lagi kalau bukan adiq erul sitembam mama..Aiman pulak kalau tengok kek jangan kata nak rasa malah dari jauh lagi dah gelengkan kepala. Itu la pasal tengok badannya slim aje.

Resepi yang digunakan adalah dari resepi ct yg dicopy dari my resepi kut...hihi

Bahan2
1) 1 cawan gula
2) 1 cawan air panas
3) 1 cawan tepung gandum
4) 1 cawan susu pekat
5) 2 camt soda bikarbonat
6) 4 biji telur
7) 2 camb mentega


Cara2
1) Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2) Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.

3) Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4) Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.

5) Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6) Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.

7) Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8) Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.

9) Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Wednesday 25 February 2009

Sebahagian daripada koleksiku


Hari ni terkejut besar aku dibuatnya...mana taknya aku received satu bungkusan. punya la excited buka...sebab nak tahu apa yang ada didalamnya. dah dibuka lagi la terkejut sebab my hubby ada belikan sesuatu. barang ni adalah salah satu daripada koleksi2 aku sejak bertahun yang lalu. Barang ni daripada seramik...yang ada berbagai designnya. fulamak...banyaknya abg, ni yang buat bertambah sayang ni...hihi.

Barang ni aku panggil sicute cottage roses...sebab designnya cute2 dan bunganya jugak cute2. Dulu aku collect masa ikut hubby sambung belajar dekat Liverpool. Dekat Liverpool rasanya senang nak cari..dekat carboot pun banyak.tapi dekat Newcastle ni susah sikit...ni pun rasanya my hubby dapat dalam ebay kut. Sicute cottage roses nie design bunganya seakan bunga2 Royal Albert,cuma dia tak la semahal Royal Albert.

Abang terima kasih banyak2 kerana memahami minatku dan menambahkan lagi koleksiku.


Tuesday 24 February 2009

Simanja kusayang

Cepat rasanya masa berlalu... abg long dah nak masuk 5 tahun dan adiq erul pulak nak masuk 3 tahun. Harap anak2 mama membesar dengan sempurna...sihat dan berjaya dalam hidup dunia dan akhirat -InsyaAllah- amin.

ImageChef Sketchpad - ImageChef.com ImageChef Sketchpad - ImageChef.com

Monday 23 February 2009

Edinburgh Trip

Weekend lepas kita orang pergi makan angin dekat Edinburgh. Empat family semua yang joint. Dalam schedule pukul 6 pagi dah bertolak dari Newcastle ke Edinburgh. Aku punya la excited nak pergi...malam tu lagi aku dah siap masak untuk bekalan kami ke sana. Masa pergi navigator pulak ikut direction short-cut la kononnya...kami lalu ikut jalan kampung2, ladang2. tapi tu yang best tu dapat tengok view yang cantik2. cuaca dekat Edinburgh cerah tapi windy sikit...tu yang tak banyak ambik gambar sebab tak boleh posing...hihi habis tudung aku sengek2 dibuatnya. Yang bestnya Abang long la seronok tengok penguin dan berlari-lari masa kami sampai dekat Edinburgh Castle. Adiq Erul pulak murung aje sebab tak berapa sihat..nasib baik la dia tak buat perangai...sebelum balik kami singgah sembahyang dekat rumah seorang kenalan yang tinggal disana. Terima kasih daun keladi lain kali kami singgah lagi...hihi. Kami bertolak balik pukul 7 malam macam tu. Rasanya perjalanan balik lagi cepat dari pergi...ikut highway. Sekejap pulak rasanya kami dah sampai.."opp...mana taknya aku kejap2 terlena". penat katakan. Kesian orang sebelah penat drive.



Friday 20 February 2009

Cinta Sejati


Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNYA Yang ESA
Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada TUHANmu
Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi
Namun janjiNYA
Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada TUHANmu
Kerna DIAlah cinta hakiki

Wednesday 18 February 2009

Ikan kesayangan aiman & amirul

Hai...tolong ye, kasi makanan dekat ikan kita orang. takut nanti mati pulak.

Tuesday 17 February 2009

Snow datang lagi

Mama...cepat2 tengok nie, snow kat luar...banyak la mama!!! jom la mama kita main snow. punya la bersungguh-sungguh aiman ngan erul ajak main snow. rasa macam bestnya tengok snow kat luar , tapi tu la mesti sejuk kan..sesangat la sejuk kat luar tu. nampaknya hajat diaorang tercapai juga bila tengok abah terpacak dekat depan pintu..terus menjerik-jerik ajak abah turun main snow. Apa lagi diaorang cepat2 tarik coat dan apa yang patut untuk melindungkan diri daripada kesejukan.


Monday 16 February 2009

Stairway to Heaven

My hubby and I love this Korean drama... Especially at the end, when we thought they going to live happily ever after.. after Tae Hwa had sacrificed and donated his eyes.... and she'd end up dead anyway.. you just can't get any sadder than this...ever!!... ?? huhuhu.. very touchy feely song too...



Here is the lyric for those who want to sing along.. :(

Ah-Moo-Ri Gi-Da-Ryu-Do Nahn-Mot-Gah
Ba-Bo-Chuh-Rum Ul-Go-It-Nuen Nuh-Eh-Guht-Eh
Sang-Chuh-Mahn Joo-Nuen Na-Rul Woi Mo-Rue-Go
Gi-Da-Ri-Ni Tuh-Nah-Gah-Rahn Mal-Ya

Bo-Go-Ship-Da Bo-Go-Ship-Da
Ih-Run Nae-Gah-Mi-Woh-Jil-Mahn-Kuem

Ul-Go-Ship-Da Neh-Geh Moo-Rup Kuhl-Go
Mo-Doo Uhp-Suht-Dun-Yil Doil-Soo-It-Dah-Myon

Mi-Chil-Dut Sa-Rang-Haet-Dun Gi-Uk-Yi
Chu-Uk Duel-Yi Nuh-Rul Chat-Go Yit-Ji-Mahn
Duh-Yi-Sang Sa-Rang Yi-Ran Byon-Myong-Eh

Nuh-Rul Gah-Dul-Soo Up-Suh
Yi-Ruh-Myon Ahn-Doi-Ji-Mahn
Jook-Ul-Mahn-Kuem Bo-Go-Ship-Da

Bo-Go-Ship-Da Bo-Go-Ship-Da
Ih-Run Nae-Gah-Mi-Woh-Jil-Mahn-Kuem

Mit-Go-Ship-Da All-Uhn Gil-Yi-Rah-Go
Nuh-Rul Wui-Hae Tuh-Nah-Ya-Mahn Han-Dah-Go
Mi-Chil-Dut Sa-Rang-Haet-Dun Gi-Uk-Yi
Chu-Uk Duel-Yi Nuh-Rul Chat-Go Yit-Ji-Mahn
Duh-Yi-Sang Sa-Rang Yi-Ran Byon-Myong-Eh
Nuh-Rul Gah-Dul-Soo Up-Suh

Yi-Ruh-Myon Ahn-Doi-Ji-Mahn
Jook-Ul-Mahn-Kuem Bo-Go-Ship-Da

Petua kecantikan - hilangkan jerawat

Jerawat Oh Jerawat! Walaupun kau kecik tetapi kau tetap merunsingkan setiap makhluk yang bergelar manusia. Hehehe... Kalau yang tumbuh tu jerawat batu, lagilah risau dibuatnya. Kalau tak gatal, bolehlah tahan. Tapi kalau jenis yang gatal tu, memang rimas dibuatnya. Tangan ni asyik nak kotes jer. Akibatnya, jerawat tu bukannya makin surut, tetapi makin parah sey!

Owh, masalah seperti ini kebiasaannya merungsingkan para remaja kita. Mana taknya, masa remaja nilah jerawat mula mekar tumbuh dengan galaknya. Kekadang kalau tak berangan pun tumbuh gak. Kalau yang kuat berangan tu, sendiri mau ingat aah!

Ooops..Jangan mudah putus asa. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sebelum ini pun saya dah kongsikan satu petua hilangkan jerawat.

Kali ni saya terpanggil lagi untuk tambah satu lagi petua hilangkan jerawat. Maklumlah, jerawat ni masalah universal. Tak semua orang yang sesuai dengan sesuatu cara tu.

Langkah-langkah yang perlu anda buat adalah:
1. Ambil sedikit tepung sagu dan dicampur dengan sedikit air. Pastikan campuran keduanya tak terlalu pekat atau cair. Just nice. :)
2. Sapukan campuran tepung sagu dan air tadi ke seluruh muka anda macam pakai bedak sejuk.
3. Amalkan setiap malam atau sehingga sembuh. Kalau dah sembuh tetapi masih nak teruskan pun boleh.
4. Pada keesokan pagi, cuci muka anda yang dah penuh dengan tepung keromak sagu dengan air suam.
5. Itu saja. Jika tiada aral, cara ini boleh membantu anda hilangkan jerawat

Selamat Mencuba terutama untuk diri sendiri yang tak sudah2 jerawat hilang dan pergi kat muka nie..huhuhu.

Wednesday 11 February 2009

Ingat kawan lama

nie la sebahagian daripada kawan2 sekolah lama abg long..mama bila kita nak balik malaysia?? ini la pertanyaan yang selalu diajukan. dia kata best kalau sekolah dekat malaysia. abg long ingat dekat kawan ngan cikgu kat malaysia...tapi abg long lupa dah nama cikgu. hi..hi kelakar betul la abg long.

School holiday

hari nie aiman lastday sekolah...sekolah dah start cuti, lama jugak la holiday.Balik je dari sekolah terus sibuk tanya..mama kita nak pergi holiday kat mana? dia cakap teacher dia suruh pergi holiday. aiman baru je nak faham dan nak biasakan diri dekat sekolah baru. dia baru je lagi dekat sekolah tu. teacher ada bagi tau aiman dah tak malu lagi dah... aiman ada ramai friends. nampak macam ok je dia dekat sekolah baru. tapi yang susah sikit masa bangun pagi...tak der sebab pun nak nangis. dah sampai dekat sekolah mood pun ok. tak habis2 hurray sekolah cuti & boleh la abg long pergi jalan rumah uncle farizul...main ngan muaz & eiman

Tuesday 10 February 2009

Happy Birthday Ct


selamat hari lahir buat ct...teman ku yang baru jugak lagi ku kenal. tapi rasa sudah lama mengenalinya. Dekat Newcastle, inilah teman yang selalu ku contact masa tengah boring2. hi..hi..aku selalu kacau dia buat kerja!!. opps sorry la pakwe ct. aku bukan apa rasa bila ada kawan ni tak la boring sangat nak pulak dok kat sini..harap semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat. -InsyaAllah- amin.





Thursday 5 February 2009

Mee Rebus


Rasa teringin la pulak nak makan mee rebus. kebetulan cik abg tak p u hari ni, jadi apa lagi ambil kesempatan la aku, ajak la dia pergi beli barang nak buat mee rebus. dekat sini kalau teringin apa2 kena la buat sendiri. ni kira first time buat mee rebus kira jadi la..hi..hi. kalau dekat malaysia beli aje. first time buat tak berapa tau bajet..buat banyak macam ramai orang yang nak makan. hai... terpaksa la ku bahagi sana sini dan yang selebihnya terpaksa ku makan berulang-ulang nak bagi habis.

Resipinya ambik dari kawan cuma ada bahan aje kuantitinya agak2.
Bahan2 Untuk kuahnya.
1) Ubi keledek merah - rebus & blend
2) Daging + tulang - rebus
3) Tomato - blend
4) Cabai kering - blend + tumis
5) Bawang merah - blend + tumis
6) Bawang putih - blend + tumis
7) Air asam jawa.
8) Kacang tanah - blend agak2 jgn terlalu hancur.

Bahan untuk mee
1) mee kuning...saya guna spaghetti.
2) Taugeh - dicelur
3) Sawi - dicelur
4) Tauhu - dicelur
5) Telur
6) Daun bawang & bawang goreng.

* Cara2 buat kuah.
- tumis semua bahan tumis sehingga naik bau.
- masukkan bahan2 blend dan masuk daging yang direbus bersama air
- masak hingga mendidih masukkan air asam jawa + kacang tanah blend.
- kemudian masukkan garam secukup rasa.
- masak hingga kuah sedikit pekat.

Wednesday 4 February 2009

Nunsmoor park - main snow

Bestnya tengok adeg erul duduk atas salji...tak sejuk ke tu adeq? kalau la abg long ada mesti lagi bestkan. mula2 takut jugak nak bagi adeq erul main salji takut demam. niat dihati nak ambil gambar je. tapi tu la rasa best la pulak main baling bola2 salji...hi..hi bola ciptaan sendiri.