Wednesday 27 May 2009

watak2 ultraman

Nie la lukisan ultraman Aiman....he2 ade rupa ultraman tak??

Nie la aksi ultraman yang selalu di buat oleh along kalau mama marah dia...he2 selalu jadi mangsa fire anak2

Aiman ngan Amirul minat sangat tengok movie ultraman...hari2 mintak pasangkan movie ultraman. Selalunya abah akan cakap "kalau nak tengok ultraman dengar cakap mama ngan abah baru boleh tengok ultraman".

Abang long la yang selalu buat perangai...ada saje yang tak kena. Adek erul pulak selalu je merengek-rengek bila diusik oleh aLONG. Sebab selalu sangat tengok movie ultraman sampai semua watak ultraman deorang ingat.


Mama...nie ultraman tiga,ultraman mebius,ultraman max,ultraman dyna,ultraman gaia....bla..bla banyak la kalu nak dengar deorang citer. Pening juga la mama nak melayan deorang nie. setahu mama tengok sama je semua,cuma mungkin costume je lain sikit kut. entah la deorang je yang tahu sebab minat dan tak tau la bila deorang akan jemu dengan ultraman ni.

Ape2 pun abah dah cakap kalau nak tengok ultraman mesti kena baca buku ngan mengaji dulu. selalunya movie ultraman nie jadi bedtime story deorang.

Tuesday 26 May 2009

Mee soto

setelah selesai semua rutin harian aku, jadi ape lagi aku pun melekat la kat depan komputer. anak2 biasa la main permainan dia orang. Mula2 teringat nak fon member kat M'sia, jadi aku pun fon la manja. Sembang dengan manja boleh tahan jugak la lamanya. Manja nie seorang member yang dah lamer ku kenal dan berharap akan kekal bersahabat dengannya hingga ke akhir hayat ku -AMIN-

Nie la rupanya orang yang aku maksudkan tu...MANJA. Tapi orangnya tak la semanja macam namanya...he2 gurau je awak!!! jangan marah.


sorry la awak saya n3 kan gambar awak yang cun melecun nie....he2 (model tudung la katakan)

Lepas borak ngan manja..cari la resepi mana la nak tau ade idea nak masak untuk makan tengah hari nie. tu la dapat idea buat mee soto nie.

sembang pasal mee soto teringat la pulak pada seorang member nie namanya baby...he2 nama manja dia. resepi mee soto nie aku dapat daripada baby la...yang diturun temurunkan dari mak dia kut. terima kasih baby bagi resepi mee soto yang emm sedap nie.

Saturday 23 May 2009

Layan kalu boring ekk

JANDA YANG DAHAGA (18SX)

Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah [bukan nama sebenar] seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam.... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi..... beliau bangun dari
katilnya... badannya terasa panas..... tekaknya terasa haus....
beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula...

Sekian... Terima Kasih..
Itulah kisah seorang janda yang dahaga...... .....

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa





Monday 18 May 2009

Renungan bersama



Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.


Tetamu cilik

Happy la aiman & amirul ada tetamu datang rumah...emm sape lagi kalau bukan irdina & iwani. bermain sampai nak runtuh rasa rumah. nampak je kecil masing2 kalau berlari risau aje untie sue. mana taknya kita orang duduk rumah flat dekat bawa kalau tak silap orang arab kut yang menyewa. mula2 rasa takut la jugak buatnya mai ketuk pintu suruh diam baru padan muka he2. tapi nak buat macam mana... nama pun budak2 kalau tak bising tak sah la...nak diam pun tunggu deorang tidur semua.

Aiman & Amirul la orang yang paling lasak dan lagi lasak kalau ade friend datang rumah. Terus hilang "mama jom la kita p park" bila ade friend ape lagi main sama2...yang kelakar tu bila salah seorang nangis masing2 diam pastu bila kita tanya kenapa??.. masing2 tunjuk sesama sendiri. he2 maklum la dapat mama @ untie yang garang. tapi budak nie happy bila kita ajak bermain sama2...masa nie la boleh tengok untie pun macam budak2.

Berempat aje macam sepuluh orang...emm punya la gamat rasa dalam rumah.

muka masing2 comot baru sudah makan coklat.

Asyiknya dek erul ngan iwani main.

he2 girl dua orang nie main mainan boy..

emm...lepas main kemas balik kay. kesian iwani kena suruh kemas balik mainan.

Friday 15 May 2009

IQ test

hari ini aku nak uji IQ korang semua.korang cuba try baca tulisan dibawah,kalau korang dapat membaca dalam masa bawah 2 second,korang memang hebat.cuba jangan tak cuba yer.

S3kir4|\|y4 k0r4|\|g dp7 mmb4(3 4p3 yg 4ku 7u1i5 |\|i.. k0r4|\|g m3rup4k4|\| 5414|-| 50r4|\|g m4|\|u5i4 yg mmpu|\|y4i d3ri4 p3|\|g1i|-|474|\| yg 54|\|g47 74j4m.. 7p i7upu|\| k410 k0r4|\|g dp7 b4(4 14 k4|\|.. k410 k0r4|\|g x dp7 b4(4, m4k|\|4|\|y3r k0r4|\|g m3mpu|\|y4i m474 yg kur4|\|g p3k4 d4|\| k0r4|\|g m3by 50r4|\|g yg md4|-| k0|\|piu5... 4|-|4kkzzz...

Friday 8 May 2009

Happy Birthday Hanie



Selamat hari Lahir yang ke 2 tahun buat Hanie Maisarah...semoga panjang umur dan murah rezeki. Harapan pak long ngan mak long agar hanie cepat besar dan menjadi anak yang soleha. -Amin-

Rindunya nak tengok gambar terbaru hanie....he2 mak long cuma ade gambar masa kecil je.