Thursday, 27 August 2009

Kek pisang


Tengok ade pisang dekat dapur yang tak disentuh2...kalau dibiarkan nie busuk pulak. Anak2 pun tak layan ngan pisang ni....terlintas dekat hati nak buat kek pisang sebab Adeq Erul ngan Abah suka kek pisang.

Resepi kek Pisang
Bahan2
1) 3 biji pisang (besar)
2) 1 3/4 tepung gandum
3) 2 sb tepung jagung
4) 2 biji telur
5) 1 cawan minyak
6) 1 sudu teh - soda bicabonate
7) 1 cawan gula (agak2 manis)
8) sedikit garam.

Cara2
1) lecek pisang bersama garam.
2) Masukkan semua jenis tepung dan soda bicabonate. gaul hingga sebati.
3) Kemudian masukkan telur. gaul hingga sebati dan masukkan gula.
4) Gaul hingga sebati dan masukkan minyak.
5) Gaulkan dan siap untuk dibakar selama 4omin suhu 175
c

Panas2 lagi Aiman ngan Amirul dah mintak...emm nampak gaya kena buat macam nie baru habis pisang.

Cerita semalam

Tiba waktu petang je asyik dok fikir nak masak ape la untuk berbuka hari nie. Ape2 pun buka peti ais dulu tengok stok yang ade...

Rasa dah boring la makan ayam ngan daging. Emm...nak buat macammana kalau duduk dekat UK nie la yang selalu dok fikir sebelum mai...hi2 sabar je la. Ingat hari nie nak ubah menu la... nak makan telur ngan sayur pulak.


Masak lemak cili padi telur, kacang panjang goreng belacan dan atas permintaan aiman ayam goreng berempah serai...menu semalam.


kita berbuka dengan ape yang ada Alhamdulillah...ini saja yang dapat dimasak utk hari nie dan dapat air soya dari Bonda terima kasih daun keladi....hi2 nanti buat nak lagi."sedap"


Masak lemak cili padi telur - simple je

Sayur kacang goreng belacan - resepi mak nie.

Ayam goreng berempah serai...Kegemaran Aiman

Wednesday, 26 August 2009

Menu Berbuka Puasa

Hari nie hari ke 4 kita berpuasa....lepas je solat Asar terus terfikir nak masak ape la untuk berbuka petang nie. Tengok kat dapur ade ikan masin yang goreng masa sahur ada lagi jadi terus terfikir menu yang sesuai dimakan dengan ikan masin goreng nie.

Terus teringat pajeri nenas @ terung. yang sebenarnya kegemaran kite pajeri Nenas tapi hubby cakap baru lagi pregnant tak elok makan nenas. Tengok terung ada sikit lagi dalam peti ais, jadi apa lagi siap untuk buat pajeri terung la...hi2

Ni la hasilnya Pajeri terung dan Ayam goreng berempah serai.
Resepinya dari mak...hi2 dulu manja sangat dengan mak. semua mak yang buat tapi sekarang kena buat sendiri la...

Bahan2
1) 3 biji terung (nie je yg ada dlm peti)
2) 2 sudu besar rempah kari daging
3) 2 cawan santan pekat
4) 1 btg kulit kayu manis
5) 1 biji bunga lawang
6) 2@3 biji bunga cengkih
7) 2 sudu besar udang kering
8) 2 ulas bawang putih
9) 1 biji bawang besar
10) gula melaka + garam secukup rasa.

Cara2
1) Blend bwg putih, bwg merah dan udang kering. Gaulkan dgn rempah kari
2) Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian belah 4 tapi jgn sampai putus.
3) Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga pecah minyak.
4) Masukkan santan dan biar sampai mendidih
5) Masukkan terung dan biar sampai kuah pekat.
6) Akhir sekali garam dan gula secukupnya rasa.


Tengok jam baru pukul 6 ptg rasa2 macam nak tambah lagi satu menu...tengok dalam my resepi ade ayam goreng berempah serai ape lagi nampak macam sedap je...nak try buat la. Anak2 pun suka...siap abang long suruh mama buat lagi.

Resepi Ayam goreng berempah serai

Bahan2

*Ayam agak2 la nak buat banyak mana untuk sekeluarga.

Bahan2 kisar
1)
6 ulas bwg putih
2) 7 ulas bwg merah
3) 2 inci halia
4) 2 batang serai
5) 10 biji cili kering
6) 2 sb serbuk kari daging
7) 1/2 sk serbuk jintan putih
8) 1/2 sk serbuk jintan manis
9) 1/2 sk serbuk ketumbar
10) Garam + gula secukupnya
11) Daun kari

Cara2nya
1) Campurkan semua bahan diatas bersama dgn ayam kecuali daun kari. Gaulkan sebati dan biarkan perap selama 1 jam
2) Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3) Goreng ayam hingga 1/2 masak kemudian taburkan daun kari.
4) Kemudian goreng ayam sampai masak dan boleh la dihidang...senangkan.

Monday, 24 August 2009

Happy Birthday Amirul

Emm...sayang anak mama!!!

Hari nie Birthday Adeg Erul yang ke 3thn. Semoga anak mama yang seorang nie dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga anak mama membesar dengan sempurna dan memdapat keberkatan dari Allah swt. Harapan mama semoga anak mama menjadi anak yang soleh dah berjaya dalam hidup dunia dan Akhirat InsyaAllah - Amin-

Sunday, 23 August 2009

Collection Leap Frog

Koleksi Leap Frog Aiman ngan Amirul.


Nie la rupanya koleksi Leap Frog (LeapPad Learning system) yang kita orang dapat daripada carboot sale...kalau nak beli baru harganya dalam 40 pound jugak rasanya. kalau dah ada player senang la nanti nak beli buku2nya. Buku2nya ada dijual dan yang baru pun tak la mahal sangat.
Mula2 mama dapat utk Abg Long...Asyik bergaduh aje Adeq Erul ngan Abg Long berebut nak guna. Tengok anak2 asyik berebut je mama pun cari lagi satu...nasib baik rezeki katakan mama dapat dekat carboot sale jugak dengan 3.50 pound. Happy la anak2 mama lepas nie tak la berebut lagi kay. Mama spend tak sampai 10 pound pun untuk beli ketiga-tiga Koleksi Leap Frog (leapPad Learning system) nie...bargainkan he2.


Dengan adanya Leap Frog nie tak la boring sangat anak2...Tapi Abg long pulak duk mintak Abah belikan game utknya. Dia kata best main games dengan Abe...anak bonda. "Mom you know Abe is my best friend, he teach me how to play fighting game"...."emmm is cool". Pergi je rumah Bonda memang susah nak diajak balik...sampai buat muka la kalau ajak balik. sepanjang jalan asyik cakap Abah "It is not fair.!!!...nak tak nak abah janji la nak belikan...dan baru2 nie dapat la apa yang dimintak oleh aiman game dari abah Nintendo Wii Console. happy bukan main tengok aiman. Mama pun best jugak tak der lagi la orang yang selalu cakap boring nak pergi rumah untie nie la...untie tu la.

Aiman ngan Leap Frognya.

Dek erul Kalau tengok camera mesti bagi pose dulu walaupun sibuk dengan benda lain.

Asyiknya dua beradik nie.

Friday, 21 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Marhaban Ya….Ramadhan!!

Wahai manusia !!!!!!!!!!

Sungguhpun telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari - harinya adalah hari - hari paling utama. Malam - malamnya adalah malam - malam yang paling utama. Setiap masanya adalah masa yang paling utama.

Inilah bulan, kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amalan-amalanmuakan diterima, dan doa-doamu juga akan diijabah. Bermohonlah kepada Allah S.w.t dengan niat yang tulus dan hati yang suci, agar Allah membimbingmu untuk melakukan qiyam dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah rasa lapar dan hausmu, seperti kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin.

Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu dan jaga pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, juga pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.

Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya kamu dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih. Allah s.w.t akan menjawab ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia !!!!!!!!!!

Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amalanmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung berat kerana beban ( dosa )-mu, maka ringankanlah dengan melamakan sujudmu. Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb Al-'Alamin.

Wahai manusia !!!!!!!!!!

Barangsiapa diantaramu memberi sumbangan makanan kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. Sahabat-sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan :

· Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.

· Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia !!!!!!!!!!

  1. Siapa yang baik akhlaknya di bulan ini ia akan berjaya melalui titian sirat pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
  2. Barangsiapa yang menahan kemarahannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
  3. Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.
  4. Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
  5. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
  6. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
  7. Barangsiapa melakukan solat fardhu dengan sempurna ganjarannya seperti melakukan 70 solat fardhu dibulan yang lain.
  8. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan itu ringan.
  9. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia !!!!!!!!!!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan untukmu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin R.A. Berdiri Dan Berkata,

"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."

" Be The Best Of Muslim "

Selamat berpuasa pada semua kawan2...Puasa pada hari Sabtu 22/08/09 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430H

Friday, 14 August 2009

Picture From Aiman

Asyik cakap boring je bila ade dirumah. Masa sekolah asyik tanya je bila sekolah cuti. Tapi bila dah cuti sekolah asyik tanya je bila Aiman boleh pergi sekolah.

Nie la hasil lukisan Aiman....




Thursday, 13 August 2009

Anak2 Mama Dgn Gitar

Nie la rupa gitar Aiman & Amirul


Weekend lepas bawa anak2 pergi carboot sale. Macam2 barang yang diminta oleh Abg long. Adeq Erul pulak tengok aje...tak berminat langsung nak minta mama belikan barang untuknya. berbeza sungguh Abg long ngan Adeq Erul. Abg long kalau tak dibelikan barang yang diminta dia akan merenggek sepanjang jalan. Kadang2 barang yang dimintak tu tak sepatutnya pun dibelikan. Emm...jalan aje la buat pekakkan telinga.

Hasilnya dapat la seorang satu gitar...mula2 belikan untuk Abg long. kesian pulak tengok Adeq Erul tengok aje tapi tak nangis pun mintak mama belikan. Bila sampai aje satu kedai ternampak lagi satu gitar...mama pun belikan lah utk Adeq Erul, Happy je tengok muka Adeq Erul. Yang sebenarnya Adeq Erul ni tak kisah langsung jika tak dapat pun...tak macam Abg long pening kepala mama mintak belikan itu ini...hai demand lebih la anak mama yang sulung nie.

Aiman dengan gitarnya...still control macho

Anak2 mama nie kelakar betul rock la kononnya tu.