Hari nie pagi lagi Aiman dah bangun tidur...yang kelakarnya dia cakap "mama bangun la tengok tu dekat luar dah cerah...dah ada matahari". Bila tersedar je Aiman kejut terus tengok jam baru pukul 5 pagi. Alahai Abang long baru pukul 5 pagi la...nape nie awal sangat dah bangun. Terus Aiman cakap "bangun la mama...jom kita pergi pekan...aiman nak beli sun glasses." Terus tergelak besar bila dengar aiman cakap macam tu...mula2nya rasa nak marah la jugak sebab hari cuti ingat nak tidur lewat la sikit.
Dekat uk nie sekarang pukul 4 pagi dah cerah...biasanya kita orang akan tidur selepas subuh. subuh masuk dalam pukul 2.29 pagi macam tu. budak2 nie pulak confuse sikit bila disuruh tidur dalam pukul 9 malam macam tu. sebab dekat luar still cerah dan waktu maghrib pun tak masuk lagi
Mula2 bawa budak2 ni masuk museum yang baru dibuka sesudah renovate. Tapi tak dapat ambik gambar sebab tak bawa camera...Nie ade la sikit gambar yang abah ambik dengan hp dia...
hi2 mama pun nak menyibuk jugak la.
Aiman dengan new sun glasses..
Dek erul ngan gaya dinosaur dia... "dapat nie bila keluar dari museum tadi".
Anak mama yang terus bagi pose bila abah nak ambil gambar.
Aiman yang keletihan bila balik je dari pekan terus tertidur "yang kelakarnya tidur dengan glasses baru dia. emm... puas hati la tu dapat beli sun glasses.
*Best hari nie...cuaca dekat Newcastle, panas macam dekat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
su, bestnya jln-jln dgn anak. cuaca skg cam kt msia kn. jemuq baju kejap jer kering. aiman tak kesah nampak dh besar..
humairah
emm...cuaca pns, sue pun dh lamer tk pakai dryer, siap suruh hubby bt ampai baju. terus teringat dkt M'sia pagi2 dh keluar jemur baju. Aiman lagi best kalau ckp dia dh besar...baru 5thn dh dok berangan nak sama mcm bdk 6thn.
su p pekan,ct ngan famili p pantai...best sangat,hujung minggu ni anak2 kata nak p lagi.
Post a Comment