Sunday 20 December 2009

Snow at Newcastle

Snow dekat Newcastle....tak la lebat sangat tapi kira ok la jugak nak bawa budak2 nie main... first sampai ok je...tak sampai 5 minit dah masing-masing tunjuk muka murung je...sejukkk.

Masa nie dekat sini suhu dalam -5c degree camtu... Adeq Erul ngan Abang Long sampai nangis2 la...berapa keping je gambar yg abah sempat ambik sebab deorang dah tak tahan. Adeq Erul asyik dok ajak balik je..."Mum I want to go home.".... "It is too cold mum. " Aiman pulak menyapa...nak tak nak bawa la deorang balik. Emm...tak sempat pun nak ajak deorang buat snowman...he2 mama deorang pulak yang terlebih excited...

Dek Erul kat depan school

Aiman duk main baling2 snow ngan abah.

Aiman dekat belakang rumah.

Serious je muka bila suruh bergambar.

Aiman duk control sejukkk...

Dek Erul sebelum tension ajak mama balik...he2

Masing2 baru sudah nangis...duk layan heater dalam kereta abah.

Tuesday 15 December 2009

Kesiannya anak Mama


Amirul keletihan...Sampai je dekat depan pintu rumah terus cakap "Mama Adik tired"...sambil tengok tv terus tertidur. Kesiannya anak mama penat sangat la tu...tengok dah merah2 pipi. Ini la problem kalau masuk je winter, Adeq Erul akan kena la eczema dekat mukanya. Kalau jadi macam nie tak boleh terlupa sikit sapu losyen kat muka Adeq Erul.


Muka Adeq Erul dah mula merah2...

Friday 11 December 2009

Bingka Roti sweet corn

Sejak akhir2 nie...teringin la pulak nak makan kuih2 yang tak pernah pun terfikir nak buat sebelum nie...kalau dekat Malaysia nie kalau teringin tunjuk je dekat kedai.

Kalau orang lama2 yg buat kuih nie mesti sedapkan...kuih tradisional nie selalunya dulu2 mak yg buat. sekarang nie...resepinya pun dah berubah dan dah dikreatifkan. Sampai bahan-bahannya pun leceh nak ikut.


Emm...masih panas susah sikit nk potong.

Wednesday 9 December 2009

Tertinggal Kunci!!!

Perkara yang tak sepatutnya terjadi dalam hidup ku... Punya la gelabah dekat luar, sebabnya tinggal Dek Erul seorang2 je kat dalam rumah. Ini terjadi gara2 tercapai salah kunci.
Pagi nie cik abg ada lab...jadi terpaksa pergi uni awal jadi apa lagi giliran kite la yang hantar Aiman pergi school. Dekat time nak hantar perut nie pulak buat perangai mula sakit2, terpaksa masuk bank la dulu aggrr...dh terlambat Aiman ke school.

Sebab nak cepat...tercapai salah kunci...terambik kunci keter la pulak...Terpaksa panggil Dek Erul dari luar suruh ambikkan kunci...tapi tak dapat katanya "To higher" I Can't take it... Nak tak terpaksa tunggu cik abg balik bukakkan pintu...emm...dekat sejam jugak la ada kat luar rumah dengan cuaca sejukkk...Nasib baik la Dek Erul tak nangis kat dalam.

Nasib baik jugak la ada abang Shah yang sanggup pergi ambik cik abg dekat uni...kalau tidak tak tahu la berapa lama lagi nak tunggu kat luar rumah...nasib baik jugak la ada jiran orang Malaysia yang duduk dekat ngan rumah...
yatie boleh contact cik abg...

Note : sebelum keluar rumah pastikan jangan tersalah kunci.... Jangan lupa bawa hp tu jugak penting....pengajaran nie kat diri sendiri....

Monday 7 December 2009

Belasah Je..main walaupun kesejukkan.

Baru2 dekat sini ada meeting ahli2 balai bagi melantik ahli baru yang akan meneraju kelab ahli balai Newcastle.... Jadi ramailah yg datang memeriahkan suasana. Nampak yang paling meria anak2...leka bermain walaupun dalam keadaan cuaca sejuk.

Dek Erul yang duk tahan kesejukkan...balik je rumah terus dapat flu.

Tengok tu orang yg paling kecik...main ngan budak2 besar.

Kuih Ketayap Utk Minum Petang

Kuih ketayap adalah sebahagian daripada jenis kuih kegemaran kite masa kecil2 dulu...kalau dekat Malaysia nie kuih tunjuk je kat kedai. Tapi kalau kat UK nie kalau teringin nak tak nak kena la buat sendiri.

Tapi anak2 tak suka mama ngan abah je makan...

Nie la rupanya kuih ketayap yg dimaksudkan tu....yummy lamer dh tk makan.

Tuesday 1 December 2009

Winter time


Sejuk betul hari nie....rasa macam nak beku je tangan ni... Kesian Abang Long pergi school td menunduk je jalan sebab kesejukkan... Bila tengok suhu hari nie pukul 10.54 am 0c...emmm kat luar tu jalan2 dah ada frost, sejukkk betul laaa....dah duduk dekat sini nak masuk 2 tahun dah masih tak dapat sesuaikan diri lagi dengan kesejukkan huhu...

Kalau macam nie la keadaannya...nampak gaya macam nak snow nie....

Saturday 21 November 2009

Putera2 ku suka sgt Ben 10

Nie cerita pasal kesukaan anak teruna yang dua orang ni...suka sangat dekat character cartoon Ben 10. Adeq erul tak la extreme sangat tapi Abg long terlalu extreme dengan character cartoon Ben 10. Hampir semua barang yang ada character cartoon Ben 10 dimintak belikan untuknya. baru2 nie Abah dah belikan set duvet Ben 10 Alien force, shoes & socks Ben 10, Bag & pack lunch Ben 10. Dan semalam sebelum tidur dia mintak abah belikan winter coat Ben 10....emmm demand sungguh abang Long nie.


Ben 10 bag, shoes and duvet cover.

Adeq Erul agaknya tak berapa pandai mintak lagi..kalau dia ingat dia akan mintak...tapi abah tak kesempatan nak belikan lagi... antara character cartoon Ben 10 dengan Thomast the tank engine la cartoon kesukaan Adeq Erul....

Kesukaan anak kalau tak diikut kesian la pulak ekkk...kalau diminta berulang-ulang kali rasa macam tak patut pulak kalau tak dibelikan.

Friday 20 November 2009

Jumpa ngan Ali


Rasa happy hari nie dapat jumpa ngan Ali...emmm nampak dah besar dah dia. Mula2 dia tengok tak berapa kenal ekk ngan mama sementara nie.... lama sikit baru dia nak senyum...emmm kenal la tu...dah mula senyum2. lepas rasanya rindu kat Ali...tapi tak sempat nak ambik gambar sebab singgah kejap je...tak masuk dalam rumah pun.... tapi dapat la pegang ngan dukung Ali...rasa macam nak nangis la pulak lepas tu.

Wednesday 18 November 2009

Citer Tauladan

Khas buat yg dah kawin , dan yg baru nak kawin, atau ingin tahu pasal `SUAMI' hehehehe

bersyukurla. . pandang banyak kebaikannye. .bukan keburukkanye. .......


kite pon bukan PERFECTOOOOOOOOOO hehehe :) enjoy reading! TAPI KALAO siSUAMI TU `HAMPEH` lu FIKIRLA SENDIRI hehehe :)

SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."


Teringat pesan ayah di suatu petang...
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka"Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. "Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata. "Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,
"Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.
"
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."

Sayangi dan bersyukurlah dengan kehadiran seorang yang bergelar suami.

Saturday 14 November 2009

Hantu games


Problem yang baru terlekat pada kedua-dua putera2 ku nie...Masalah betul dibuatnya...balik je dari school terus mintak nak main games. Puas jugak pujuk makan, rehat, homework dan mengaji dulu. nie semua ok la jugak bagi Dek Erul tapi Abg Long terus nangis je kalau disuruh buat semua tu...

Nie la peranan mama hi2....kena tegas. kalau tak tension sungguh dibuatnya tak sampai 5 minit mintak nak main. Tak putus2 mintak nak main games. Untuk memuaskan deorang kena pakai istilah give and take..."KALAU DAH BUAT APA YANG MAMA SURUH BOLEH LA MAIN GAMES"
Dengan berat hati dua beradik ni buat la jugak...kalau tak memang tak dapat main...huhu..kesian jugak ekk bertegas macam tu.

Friday 13 November 2009

Utk Renungan Bersama

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,tetiba dia terdengar satu bunyi. jeng!jeng!jeng! bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau itu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi..

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.. Tali itu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!.... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis,kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya

Berfikir lagi.. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .... Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah
maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu.... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila
dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah..... ..

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD
*WA AALIHE WASAHBIH AJMA'EEN


Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.
Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.
Result 3:
Dalam masa satu jam ade orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita lakukan.

Sunday 1 November 2009

Gelagat anak2




Cerianya tengok Dek Erul ngan Nelly...

Saturday 24 October 2009

Rindunya dekat Ali

Terasa kehilangan jugak bila dah tak jaga Ali. Bukan tak sudi nak jaga tapi biasa la kesihatan tak mengizinkan. Ali pulak sekarang dah besar sikit dah mula buat perangai. Nangisnya macam sakit2 tapi tak keluar air mata pun.
Tapi bila dah tak ada terasa rindu sangat ngan kerenahnya. Family Ali akan pulang ke Negaranya Arab Mac nie. Nie la problemnya kalau kita sayang orang yang akan berpisah dengan kita. tapi itu semua kitaran masa...dan pengalaman hidup dibumi UK.


Dek Erul suka main ngan baby Ali...masa nie baru sebulan

Baby Ali suka sangat senyum....kalau sape yang tengah marah mesti reda bila tengok dia senyum - Masa nie 4 bulan-

Tengok la Anak teruna Arab handsomekan

Baby Ali masa nie dah nak masuk 7 bulan

Ini la sebahagian daripada kenangan bersama Baby Ali....harap dia membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh - Amin-

Friday 23 October 2009

Lamernya tak update....

Emm...rasa banyak sangat dah sawang ekk. biasa la tuan punya diri tak berapa sihat. Nak pulak sibuk sangat dengan Dek Erul yang baru masuk school nie. Nangis je bila dihantar ke school. Nak tak nak mama kena temankan. hampir 3 minggu jugak la mama bersama kat nursery ngan Dek Erul.
Tapi sejak akhir2 nie internet pulak problem tu la lagi malas nak updates.

Saturday 26 September 2009

Rumah Terbuka Balai Newcastle 2009

Rumah terbuka Balai Newcastle untuk tahun nie disambut dekat Nunsmoor Park. Alhamdulillah cuaca hari ni cantik sangat. Antara menu2 yang ade dekat majlis hari ni semuanya emm...sedap2. Ada lemang ngan rendang, satay ngan kuah kacangnya, lontong ngan nasi impit, nasi tomato ngan ayam masak merah dan biskut2 raya.

Antara beraneka biskut2 raya yang dibawa.

Banyaknya makanan tengok pun dah rasa kenyang.
Bila buat majlis dekat park macam nie...rasa ok la jugak sebab tengok anak2 happy sangat bermain. Tak la deorang rasa boring sangat dan kaum ibu pulak tak la rasa risau nak kawal anak2 setiap masa.



Sebahagian daripada warga Malaysia yang tinggal di Newcastle

ceria ekk...anak2 yang paling best tengok HAPPY

kite ngan anak2....comel tak anak perempuan kite nie Aisyah namanya.

Dek erul ngan best friendnya Ct Nelly.

Thursday 24 September 2009

Beraya Diperantauan 2009


Biasalah bila beraya berjauhan ngan family terasa la jugak sedihhhh...tu. Tapi dekat Newcastle nie ramai warga Malaysia...dalam seminggu nie tak henti2 rumah terbuka. Sebut pasal rumah terbuka bila ekk rasa nak buat rumah terbuka....rasa tahun nie tak kut, sebab nak bawa diri pun terasa penat nie....hmmm pergi rumah terbuka rakan2 je la.

Tapi untuk kawan2 yang nak datang rumah kita orang sentiasa terbuka untuk kalian...ape yang ade tu la dijamu.
Sembang2 pasal rumah terbuka....sejak raya nie perut tak pernahnya sihat, emmm maklumlah banyak sangat makanan, bak kata macam2 adaaa. sampai perut pun terkejut terima macam2. Badan pun nie ha rasa macam tak sihat je...mungkin cuaca kut sekarang nie dah terasa sejuk la sikit....rasa macam nak deman semua ada. Aiman ngan Amirul pun nie haa...duk selesema ngan batuk2. Kesian anak mama yang dua orang nie tak sihat tapi tetap semangat nak raya.

Friday 18 September 2009

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum buat keluarga dan sahabat2 yang diingati...

Selamat menjalani ibadah puasa di hari-hari terakhir dengan penuh kesabaran dan mudah-mudahan kita semua mendapat keampunan Allah dan rahmatNya..

Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk menyucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin, di atas setiap salah silap keterlanjuran kami..

Pantun Lawak Hari raya & Pantun Aidilfitri

Jom baca..


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Friday 4 September 2009

Lemon Cheese Cake

Jom layan Cheese Cake...tapi tak leh makan banyak gemuk!!!.


Hari nie terlebih rajin sikit...hi2 tengok dalam peti ais ade stok soft cheese. Jadi ape lagi timbullah idea nak buat cheese cake. Adeq Erul suka makan cheese cake...jom layan picture je...kalau nak rasa lain hari ekk.

Resipi cheese cake

Bahan2
Basenya

1) 200g biskut digestive - hancurkan
2) 125g butter - cairkan
*Gaulkan dan padatkan dalam loyang kemudian bakar 10 min suhu 125c

Filling
1) 250g soft cheese
2) 250g mascarpone cheese
3) 11/2 cup double cream - sue guna 1 je.
4) 2 sudu tepung jagung
5) 2 biji telur
6) 1 sudu teh esen vanila
7) 3 sudu grated fresh orange
8) 1 biji jus orange
9) 8 sudu besar gula - sue guna 6 je.

Cara2
1) Gaul soft cheese dengan gula
2) Masukkan double cream
3) Pukul sampai kembang (bubble)
4) Masukkan tepung jagung dan telur.
5) Kemudian masukkan esen vanila, grated orange + orange jus.
6) pukul sehingga 5 min.
7) Tuangkan atas base dan bakar dgn cara double boil selama 45min suhu 125c.
8) Sejukkan kek...dah sejuk masukkan dalam peti ais.

Thursday 27 August 2009

Kek pisang


Tengok ade pisang dekat dapur yang tak disentuh2...kalau dibiarkan nie busuk pulak. Anak2 pun tak layan ngan pisang ni....terlintas dekat hati nak buat kek pisang sebab Adeq Erul ngan Abah suka kek pisang.

Resepi kek Pisang
Bahan2
1) 3 biji pisang (besar)
2) 1 3/4 tepung gandum
3) 2 sb tepung jagung
4) 2 biji telur
5) 1 cawan minyak
6) 1 sudu teh - soda bicabonate
7) 1 cawan gula (agak2 manis)
8) sedikit garam.

Cara2
1) lecek pisang bersama garam.
2) Masukkan semua jenis tepung dan soda bicabonate. gaul hingga sebati.
3) Kemudian masukkan telur. gaul hingga sebati dan masukkan gula.
4) Gaul hingga sebati dan masukkan minyak.
5) Gaulkan dan siap untuk dibakar selama 4omin suhu 175
c

Panas2 lagi Aiman ngan Amirul dah mintak...emm nampak gaya kena buat macam nie baru habis pisang.

Cerita semalam

Tiba waktu petang je asyik dok fikir nak masak ape la untuk berbuka hari nie. Ape2 pun buka peti ais dulu tengok stok yang ade...

Rasa dah boring la makan ayam ngan daging. Emm...nak buat macammana kalau duduk dekat UK nie la yang selalu dok fikir sebelum mai...hi2 sabar je la. Ingat hari nie nak ubah menu la... nak makan telur ngan sayur pulak.


Masak lemak cili padi telur, kacang panjang goreng belacan dan atas permintaan aiman ayam goreng berempah serai...menu semalam.


kita berbuka dengan ape yang ada Alhamdulillah...ini saja yang dapat dimasak utk hari nie dan dapat air soya dari Bonda terima kasih daun keladi....hi2 nanti buat nak lagi."sedap"


Masak lemak cili padi telur - simple je

Sayur kacang goreng belacan - resepi mak nie.

Ayam goreng berempah serai...Kegemaran Aiman

Wednesday 26 August 2009

Menu Berbuka Puasa

Hari nie hari ke 4 kita berpuasa....lepas je solat Asar terus terfikir nak masak ape la untuk berbuka petang nie. Tengok kat dapur ade ikan masin yang goreng masa sahur ada lagi jadi terus terfikir menu yang sesuai dimakan dengan ikan masin goreng nie.

Terus teringat pajeri nenas @ terung. yang sebenarnya kegemaran kite pajeri Nenas tapi hubby cakap baru lagi pregnant tak elok makan nenas. Tengok terung ada sikit lagi dalam peti ais, jadi apa lagi siap untuk buat pajeri terung la...hi2

Ni la hasilnya Pajeri terung dan Ayam goreng berempah serai.
Resepinya dari mak...hi2 dulu manja sangat dengan mak. semua mak yang buat tapi sekarang kena buat sendiri la...

Bahan2
1) 3 biji terung (nie je yg ada dlm peti)
2) 2 sudu besar rempah kari daging
3) 2 cawan santan pekat
4) 1 btg kulit kayu manis
5) 1 biji bunga lawang
6) 2@3 biji bunga cengkih
7) 2 sudu besar udang kering
8) 2 ulas bawang putih
9) 1 biji bawang besar
10) gula melaka + garam secukup rasa.

Cara2
1) Blend bwg putih, bwg merah dan udang kering. Gaulkan dgn rempah kari
2) Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian belah 4 tapi jgn sampai putus.
3) Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga pecah minyak.
4) Masukkan santan dan biar sampai mendidih
5) Masukkan terung dan biar sampai kuah pekat.
6) Akhir sekali garam dan gula secukupnya rasa.


Tengok jam baru pukul 6 ptg rasa2 macam nak tambah lagi satu menu...tengok dalam my resepi ade ayam goreng berempah serai ape lagi nampak macam sedap je...nak try buat la. Anak2 pun suka...siap abang long suruh mama buat lagi.

Resepi Ayam goreng berempah serai

Bahan2

*Ayam agak2 la nak buat banyak mana untuk sekeluarga.

Bahan2 kisar
1)
6 ulas bwg putih
2) 7 ulas bwg merah
3) 2 inci halia
4) 2 batang serai
5) 10 biji cili kering
6) 2 sb serbuk kari daging
7) 1/2 sk serbuk jintan putih
8) 1/2 sk serbuk jintan manis
9) 1/2 sk serbuk ketumbar
10) Garam + gula secukupnya
11) Daun kari

Cara2nya
1) Campurkan semua bahan diatas bersama dgn ayam kecuali daun kari. Gaulkan sebati dan biarkan perap selama 1 jam
2) Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3) Goreng ayam hingga 1/2 masak kemudian taburkan daun kari.
4) Kemudian goreng ayam sampai masak dan boleh la dihidang...senangkan.

Monday 24 August 2009

Happy Birthday Amirul

Emm...sayang anak mama!!!

Hari nie Birthday Adeg Erul yang ke 3thn. Semoga anak mama yang seorang nie dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga anak mama membesar dengan sempurna dan memdapat keberkatan dari Allah swt. Harapan mama semoga anak mama menjadi anak yang soleh dah berjaya dalam hidup dunia dan Akhirat InsyaAllah - Amin-