Tuesday 24 August 2010

Happy Birthday Amirul

Hari nie genap 4thn usia Amirul Hakimi putera tengah mama...

♥Happy Birthday syg mama♥...

mama doakn angah semoga pjg umur, murah rezeki, menjadi anak yg soleh dan berjaya dlm hidup dunia dan akhirat...semoga angah berada dlm keberkatan dan rahmatnya - Amin-

Thursday 19 August 2010

Menu berbuka puasa

Pening duk fikir nak masak pe la untuk hari nie...kalau la dekat Malaysia sure tak pening nak fikir. Ajak je cik abg pergi pasar Ramadhan. Ini nak tak nak kena cari resepi untuk masak. Semalam dah buat cucur udang ngan kuah kacang. Hari ingat nak buat bubur kacang la....tppp semalam cik abg dah request western food....roast chicken la pulak....emm entah jadi ke tak roast chickennya...:)

Monday 9 August 2010

Serupa tapi tak sama

Amirul dan Adam banyak yang berkata seiras...kalau dilihat dari dekat saling tak tumpah muka deorang. Opah nie la cucu baru yang belum opah lihat....baby Adam Dani sekarang dah nak masuk 6 bulan.

Baby Adam Dani ngan Angah

baby montel mama...:-)

Thursday 17 June 2010

Putera Mama dah 4 bulan

Hari nie baby Adam Dani dah 4 bulan....cepat je masa berlalu. Emm...masuk je 4 bulan nie dah pandai dah nak main dan kurang nak tidur disiang hari. Susah jugak la mama nak masak ngan nak buat kerja rumah.... cuaca kat UK sekarang nie panas....Baby tak selesa je duduk....kalau dibagi mandi happy je rupanya.

Tuesday 25 May 2010

Hot and sunny day at Saltwell Park

Bawa anak2 BBQ kat Saltwell Park. Best sangat hari nie...panas suhu dalam 24 degree camtu. Seronok tengok Aiman ngan Amirul main. Emm mula2 bila diajak malas je nak keluar rumah....tapi bila dah ada kat sana susah pulak nak diajak balik....:)

Emm...yummy

Happy...sangat tengok anak2 main.

Romantiknya Erul ngan bestfriend dia...:)

Gambar2 nie copy dari photographer terkenal Kat Newcastle

Thursday 6 May 2010

Easter Holiday - scotland trip 2010

First time bawa baby Adam Dani jalan jauh...Alhamdulillah baby Adam Dani tak banyak kerenah...mama happy sepanjang percutian.

Cuaca best sangat...panas macam kat Malaysia je rupanya...

Baby Adam banyak tidurr je kejanya...zzzz

Cantik view kat sini - St. Andrew

Alnwick Castle ngan Deep Sea World kat Edinbrugh.

Friday 16 April 2010

Karipap - Sweet potato

Nie la untungnya duduk kat Negara orang...teringin je nak makan, terpaksa la belajar membuatnya. kalau dekat Malaysia beli je kat kedai. Belajar membuat karipap ngan pakar2 masak yang tinggal di Newcastle. Terima kasih daun keladi nanti2 nak belajar resepi lain lagi...he3.

Nie la percubaan yang kedua membuat karipap pusing.

karipap sweet potato kegemaran Amirul.

Friday 9 April 2010

Baby Adam Dani - Dah pandai main

Putera mama...Adam Dani, hari2 buat kami sekeluarga duk tunggu je perkembangannya. Sekarang baby Adam dah pandai main2 ngan Along dan Angah. Sekali- sekala ada je suara baby Adam kedengaran. Hilang rasa letih tengok anak2 senyum

Hari nie baby Adam Dani dah 52 hari - hello mama...nak dukung la...





Thursday 1 April 2010

Easter holiday - lepak kat rumah.

Seminggu dah berlalu...Alhamdulillah Abah dah Settle presentation. Lega rasa bila abah dah lepas. Aiman ngan Amirul pulak habiskan masa dirumah...apa lagi activity deorang main games la. Tapi nak kena control jugak, kalau dibiarkan mau satu hari mengadap games.

Aiman tension je mukanya, kalau disuruh baca buku atau buat kerja sekolah....satu je ayat kalau nak suruh dia baca "Along....You can't play games."....If you're not doing your homework. he3...dengar je ayat tu mesti dia cakap...."no mum"...lepas tu nampak la ambik buku baca.


Spring time - Nunsmoor Park.

Baby Adam Dani - Asyik tidur je...

Weekend Abah bawa la kita orang ronda2...he2, beli barang dapur tu termasuk la ronda2 jugak tau kata Abah...hampeh betul. tapi tak per la janji keluar dari rumah. bosan jugak duk berkurung je kat rumah. kalau dulu sorong je pram kesana-sini...tapi sekarang dah ada tiga orang nie susah la sikit nak bergerak kalau Abah tak der sama.

Monday 22 March 2010

Adam Dani dah sebulan

Wajah terbaru baby Adam Dani setelah dibotakkan kepala...

Baby Adam Dani dah sebulan....lagi 2 minggu lagi cukup 44 hari....tapi semalam mama berjaya pujuk abah bawa baby Adam ngan Along & Angah keluar...
Rasa puas la jugak dapat keluar dengan cuaca yang cerah dah tak berapa sejuk...Disebabkan lama dah tak keluar, Along ngan Angah buat perangai...yang ketara sangat Along la duk tunjuk muka boring je...hai susah sungguh bawa anak2 yang tak minat berjalan, nak pulak kat shopping complex. Senang pulak rasa bawa baby tak banyak perangai...tidur je.

Thursday 11 March 2010

Kesiannya Anak mama...

Elbow joint...tunggu minggu depan nak xray balik...


Hari selasa 9/3/2010 kami satu family dikejutkan dengan accident yang menimpa diri erul...erul jatuh kat sekolah masa playtime...tapi teacher kat Nursery cakap dah check erul dan deorang tak nampak apa2 kesan dari accident tu....

Tapi masa Abah pergi ambik erul kat school, erul tengah tidur...kesian dek erul tahan sakit sampai tertidur...bayangkan la erul jatuh pukul 1.00 camtu dan pukul 3.30 baru kami dapat tahu yang tangan erul patah...ya Allah tak dapat bayangkan bertapa sebaknya hati nie..

Abah pergi semula kat Nursery dek erul tanya teacher macamana erul jatuh...teacher dia cakap lepas jatuh tu erul diam dan nangis sampai tertidur...

Baru balik dari hospital...mata2 bengkak lepas nangis.

Tak dapat bayangkan erul tahan sakit sampai tertidur...KESIANNYA ANAK MAMA. sekarang erul stay kat rumah ngan mama...bila tengok tangan erul ngan bersimen tu lagi la sebak mama dibuatnya...

Boring je rupanya...layan tv.

Sunday 7 March 2010

Happy Birthday Aiman

7/3/2010...genap la 6 tahun anak sulung mama...Selamat Hari Lahir buat Along semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam hidup dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh -Ameen-

Birthday Cake Ben 10 dari mama & abah

Tunggu dek Erul nyanyikan Happy Birthday untuk Along

Dah tiup lilin...ada yang duk tunggu kek utk dipotong...

emm....bersemangat la Along potong kek...

Sambut Birthday ngan family je...nak jemput kawan2 pun mama tak habis berpantang lagi nak buatkan majlis Birthday Along...harap anak mama faham.


Thursday 4 March 2010

Adam Dani...putera mama.

Alhamdulillah...syukur.... nie la baby kami yang ketiga...Muhammad Adam Dani...lahir pada 17/02/2010 jam 1.55pagi waktu UK...Dilahirkan di Royal Victoria Infirmary Hospital (RVI) Newcastle...Berat 3.1kg

Baby Adam Dani berusia 3hari...




Asyik tidur je...macam Amirul masa kecik2 dulu...emm muka pun ramai yang cakap macam Amirul.

Sekarang baby Adam Dani dah 16 hari....lamanya mama rasa nak 44 hari berpantang nie.

Thursday 4 February 2010

Berdebar je rasa hati...

Sejak dua tiga hari nie...badan rasa lesu sangat...sebabnya sekarang dah tak boleh tidur malam. Cuba jugak paksakan diri nie lena...tapi tetap tak boleh lena. Ingatkan malam tak boleh tidur jadi boleh la cover tidur siang hari still tak boleh nak lena. Ikutkan perasaan mahu je ambik ubat tidur...emm tapi boleh ke ketika pregnant....sabar je la.

Kalau letak je kepala still terdengar sekeliling...camne la nak buat nie...huhu kalau macam nie nanti kalau nak bersalin mana nak cari energy...Ya Allah tolong la hamba mu ini...harap semuanya berakhir dengan selamat -Ameen-

Friday 29 January 2010

First day at school

Kenangan yang tak dapat dilupakan - bila first time dek erul kat school.


Detik2 yang tak dapat dilupakan...struggle giler

Dek Erul dah masuk nursery...happy je bila cakap cepat siap nak pergi school. Tapi bila dah sampai dekat school langsung tak boleh berenggang dengan mama. Bila disuruh joint ngan teacher & friend terus tarik mama sekali.

Yang kelakarnya start je time school sampai balik la mama duduk dengan dek erul. Hari kedua pergi school mama try nak tinggal dek erul....Mama stay dekat school jugak tapi bilik lain. Tak sampai 5 minit terdengar la dek erul nangis panggil mama. teacher dek erul cakap biar sampai 10 ke 15minit. tapi dek erul tak henti jugak menangis. Mama terpaksa masuk jumpa ngan dek erul semula.

Sekarang nie dek erul tak la hari2 pergi school sebab first 2 week nie, timetable selang sehari. Tak tau la buat masa sekarang nie still tak leh nak tinggal dek erul. Terasa penat la jugak nak biasakan dek erul nie dengan teacher & friend. Bila ditegur oleh teacher dek erul terus tunduk dan tarik baju mama, itu masa mama ada dekat dengan dek erul. tapi bila mama duduk jauh sikit dek erul akan terus menangis....hai tak tau dah nak buat macam mana. tak tau la sampai bila dek erul nak mama duduk dengan dia kat school tu.



Tapi setelah 3 minggu dek erul dah boleh sesuaikan dirinya....Alhamdulillah mama pun dah boleh tinggal dek erul seorang2 dekat school. Dek erul sekarang nie dah ikut time school...masuk kul 12.15 sampai 3.15... tapi sebelum2 nie dek erul kena pergi school kul 1.00 sampai 3.15 itu pun mama kena pergi pulak tengok dek erul selepas 1 jam tinggal dek erul kat school... nasib baik la rumah kitaorang depan school jadi tak la sangat terasa penat nak ulang alik.



Tapi sekarang nie Alhamdulillah...punya la excited Dek Erul nak pergi school pukul 10 pagi dah nak siap pergi school...kalau cakap awal lagi mesti cakap "Oh no...mum is too late now."Come on mum I want to go to school.....See what time now.. emm... sekarang nie dia pulak yang duk push kita suruh cepat pulak.

Thursday 28 January 2010

Nasi Goreng Daging


Dah tak idea dah nak masak...terfikir nak makan yang simple2 je utk makan malam. terfikir la nasi goreng senang dan cepat...he2 ape lagi ke dapur la...tak sampai setengah jam dah siap...

Friday 8 January 2010

Beku rasa Kaki tangan ku...



Keadaan di Newcastle UK sekarang nie sejukk sangat...rasa habis kaki tangan membeku...ikutkan hati nak berselimut je kat rumah...Kesian tengok hubby ngan anak2 terpaksa menjalankan rutin harian mereka walaupun diluar sana penuh ngan snow setebal 5-6 inci.

Tadi sempat jugak snap beberapa keping gambar masa hantar Dek Erul ke school... Di School Dek Erul siap Ada laluan untuk memudahkan budak2 lalu...cantik jugak nampak view snow nie tapi bila dah membeku licin pulak nak berjalan atasnya...


Sejukk la mama malas nak senyum...

Laluan dalam kawasan school Dek Erul

Selalunya dekat sini la budak2 bermain bila tiba break time...

Stop Dek posing sikit...

Monday 4 January 2010

Snow lagi...Dah Surrender Sejukk


Tahun nie Newcastle tak putus ngan snow...bila ekk nak habis, dah tak tahan sejuk dan jalan licin...boringnya duduk kat rumah. nak keluar pun rasa takut...takut jatuh. kalau seorang2 jatuh tak pe la jugak...nie ada baby dalam perut. Kalau snow turun dan tak lama terus cair kan best tak la jalan licin sangat...nie sekali turun berhari2 baru nak cair...

Aiman ngan Amirul pun malas nak keluar rumah...kalau diajak keluar mesti ditanya dulu nak kemana.


Tasik pun dah beku...